Mission News

KEJOHANAN FUTSAL PIALA VICTORIA MALAYSIA POST GRADUATE ASSOCIATION (VMPGA)

02 December 2013 1 views

 

Satu Kejohanan Futsal Piala VMPGA 2013 telah diadakan pada 1 Disember 2013(12.30 -5 petang) brtempat di Bundoora Netball dan Sports Centre, RMIT University, Bundoora. Kejohanan tersebut menyaksikan sebanyak lapan (8) pasukan pasca siswazah bertanding. Antara pasukan tersebut adalah dari suburb North Victoria, SouthEastern, dan Bundoora. Pasukan South Eastern telah memenangi acara tersebut.

 

VMPGA merupakan pertubuhan pelajar Malaysia pasca siswazah di Victoria dan mempunyai lebih dari 1000 orang ahli. Pertubuhan ini bertujuan untuk memberikan bantuan kepada pelajar pasca siswazah Malaysia yang baru tiba di Melbourne dan juga mengadakan aktiviti sosial bersama dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne.

 

 

Majlis tersebut turut menyaksikan pelbagai makanan Malaysia dijual dan menerima kehadiran lebih dari 100 orang. Majlis turut diraikan oleh kedatangan Dato’ Dr Rameez Yahaya, dan satu majlis penyampaian cenderamata kepada bekas AJK VMPGA yang lama turut diadakan. Kerjasama yang diberikan oleh Encik Johari selaku Presiden VMPGA yang baru akan membantu dalam usaha Konsulat Jeneral Malaysia menerapkan kerjasama yang erat antara Kerajaan dengan Pelajar Malaysia di Victoria.

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back