Mission News

KONSUL IMIGRESEN BARU DI MELBOURNE

31 March 2014 1 views

 Konsulat Jeneral Malaysia, Melbourne telah mengadakan satu resepsi untuk menerima Encik Zaharuddin Izham sebagai Konsul Imigresen yang baru menggantikan Puan Nawal Mohamed Amin yang akan bertolak kembali ke Malaysia pada Ahad (30/3/2014). Resepsi tersebut yang diadakan di bilik mesyuarat Konsulat Jeneral pada Khamis (27/3/2014) turut mendengar kata-kata amanat Konsul Jeneral. Antara lain agar semua HBS dan LRS bekerjasama rapat di Melbourne tidak kira mereka datang dari agensi dan jabatan kerajaan lain. Beliau turut mengucapkan terima kasih atas jasa baik Puan Nawal dalam memastikan relokasi pejabat pengeluar pasport dari Canberra ke Melbourne berjalan lancar.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back