Mission News

KULIAH AGAMA DI MELBOURNE UNIVERSITY

11 September 2012 1 views

Persatuan EHSAN (Badan Hal Ehwal Islam dan Pembangunan Insan) Victoria telah mengadakan satu kuliah agama selepas waktu maghrib bertajuk Ilmu dan Dakwah di Surau Pelham, Melbourne University (10/9/12). Seramai 40 orang telah hadir mengikuti kuliah tersebut yang bertujuan mendedahkan rakyat terutama pelajar Malaysia di Melbourne University mengenai pentingnya menjaga peradaban masing-masing apabila berada di luar negara. Dr Rameez turut hadir bersama di kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Zamri bin Ibrahim, salah seorang pelajar Phd di Melbourne. Ustaz Zamri juga menyentuh beberapa isu, permasalahan dan jalan penyelesaian yang boleh diambil dalam memahami apa itu dakwah dalam kehidupan setiap Muslim.

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back