Seramai lapan AJK Australia Malaysia Business Council-Victoria yang diketuai oleh Dr Rameez selaku Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne telah melakukan kunjungan ke Promosi Barangan dan Makanan di Melbourne Convention Centre, South Wharf pada petang hari ini (11/09/12). Presiden AMBC-Victoria, Encik Joe Perri turut mengikuti kunjungan ke atas 16 syarikat barangan dan makanan Malaysia yang membuka gerai mereka di Pusat Konvesyen tersebut. Pameran Barangan dan Makanan di Australia ini berlangsung selama tiga hari, dan akan tamat pada hari Khamis (13/09/2012).