Tuan Syeikh Haji Md Radzi Hj Hanafi A-Qadhi yang merupakan Presiden/Pewaris Mutlak Silat Cekak Hanafi bersama rombongan seramai 30 ahli silat cekak Malaysia telah berkunjung ke Pejabat Konsul Jeneral Malaysia pada hari Khamis, 22/3/2012. Semasa perjumpaan tersebut, Tuan Syeikh mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Rameez yang juga merupakan ahli silat cekak Ustaz Hanafi kerana sanggup menjadi penasihat, dan juga mengaktifkan silat cekak tersebut di benua Australia, terutamanya di Melbourne.