Satu delegasi dari MAG Otomatif, sebuah anak syarikat FELDA yang ditubuhkan untuk melatih anak muda dari perancangan FELDA Malaysia dalam bidang teknologi otomatif, telah berkunjung ke Konsulat Jeneral Malaysia Melbourne pada hari Isnin(25/11/2013) dari jam 3-4 petang. Kunjungan tersebut antara lain untuk memaklumkan mengenai program kollaborasi antara MAG dan Dyno Dyanamics, sebuah syarikat pengeluar barangan automatif di Melbourne, Australia. Antara mereka yang hadir dalam kunjungan tersebut adalah Encik Alan E Evans (Pengusaha Dyno Dynamics) dan Encik Zamani Baharom(Ketua Eksekutif MAG).