Empat Pelajar UKM berserta dengan Encik Abdul Karim Osman, Penolong Pendaftar Fakuliti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM telah berkunjung ke pejabat Konsulat Jeneral Malaysia Melbourne pada hari Isnin, 14 Mei 2012. Pelajar dari UKM tersebut yang merupakan pelajar Fakuliti Sains Sosial dan Kemanusiaan akan berada di Melbourne selama seminggu untuk membuat kajian atas projek mereka yang dinamakan ‘The Global Idea Exchange: Student Volunteerism 2012’. Dr Rameez semasa memberikan taklimat mengenai Melbourne turut mengalu-alukan kedatangan pelajar tersebut.