Dr. Rameez bersama dengan Puan Rosemary Elin telah melakukan kunjungan ke atas Encik Edmond Gacou Fabian (anak Puan Rosemary), yang dikatakan hilang sebelum ini, di Metropolitan Remand Centre (MRC) pagi tadi dari jam 10.30 pagi (24/05/2012). Encik Edmond berada dalam keadaan baik serta selamat, dan berterima kasih kepada pihak Konsulat Jeneral kerana sudi membantu ibu beliau semasa di Melbourne, dan juga dalam mengaturkan lawatan/kunjungan sosial terhadap beliau di MRC (terletak lebih 23 km dari Canseri).