Satu delegasi seramai 18 orang yang diketuai oleh Dato’ Sri Azemi Kasim (Ketua Pengarah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan) sedang mengadakan lawatan kerja ke Melbourne dari 24 sehingga 28 November. Lawatan mereka dengan kerjasama yang diberikan oleh Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne terdiri dari pelbagai program dan kunjungan ke Pejabat Tanah dan Galian Victoria. Lawatan kerja ini bertujuan untuk meneliti dasar pembangunan tanah dari kerajaan Victoria dan mengaplikasikannya untuk kegunaan projek MRT di Malaysia antara lain. Turut serta dalam lawatan kerja selama empat (4) hari tersebut adalah Dato Syed Mokhtar Syed Idris (Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak) dan Encik Azhar Abdul Aziz (Pengurus Kanan MRT).