Seramai 12 orang dari Pejabat ADUN Selangor yang diketuai oleh Dato’ Teng Chang Khim (Speaker) telah melakukan lawatan teknikal ke Melbourne pada Jumaat, 20hb Julai 2012. Mereka telah melakukan kunjungan ke Parlimen Victoria dan berjumpa dengan Hon Ken Smith (Speaker Dewan Rakyat Victoria) pada sebelah pagi. Pada sebelah petang, mereka telah berkunjung ke Pejabat Datuk Bandar Melbourne CBD dan mendengar taklimat dari Counsellor Ken Ong(Penasihat kepada Datuk Bandar).