Mission News

MAJLIS IFTAR ANJURAN KONSULAT JENERAL DAN PERWAKILAN MELBOURNE

06 August 2012 1 views

Pada hari Jumaat (3/8/2012) Konsulat Jeneral Malaysia dan Perwakilan Melbourne telah menganjurkan Majlis Iftar dan Sembahyang Tarawikh bertempat di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia. Para tetamu yang terdiri dari lebih kurang 50 orang pelajar dan rakyat Malaysia yang menetap berdekatan dengan Pejabat Konsulat Jeneral telah dijamu dengan masakan oleh kaum ibu dari Perwakilan Melbourne. Antara jamuan yang dihidangkan adalah laksa, laksam, nasi briyani ayam, dalca ayam, mee goreng, mertabak ayam, kuih muih dan teh tarik. Majlis seumpama ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan sesama rakyat Malaysia di Melbourne.

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back