MAJLIS RAMAH MESRA DESA BUNDOORA
Pada hari Sabtu, 28 Januari 2012, telah diadakan buat julung kalinya Majlis Jamuan & Ramah Mesra Desa Bundoora bertempat di Esplanade, Williamstown (kira-kira 20 km dari Melbourne CBD). Majlis bermula pada pukul 11 pagi dengan ketibaan Konsul Jeneral Malaysia, Dr. Mohamad Rameez Yahaya bersama dengan ahli keluarga, dan staff pejabatnya. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran bersama Dato’ Latt Shariman Abdullah, Pengawai Tugas-Tugas Khas YAB Perdana Menteri dengan isteri beliau yang datang ke Melbourne atas urusan peribadi. Turut hadir ialah Encik Hamdan Khalid, Penghulu Desa Bundooro, Encik Sam, Presiden Victoria Post Graduate Malaysia Association, Ahli Jawatankuasa Kampong Desa Bundoora dan rakyat Malaysia yang menetap berdekatan dengan Bundoora.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan persaudaraan silaturrahim di antara rakyat Malaysia yang menetap di Melbourne. Pelbagai Masakan Malaysia disediakan dengan kuih-kuih dan hidangan yang lain. Selain itu para tetamu bermesra antara satu sama lain. Pelbagai aktiviti turut diadakan untuk kanak-kanak.
| DR RAMEEZ BERSAMA AHLI KOMUNITI DESA BUNDOORA DAN DATO LAT SHARIMAN. |