Satu Majlis Sambutan Hari Raya dan Kemerdekaan Malaysia yang ke 55 telah diadakan di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia semalam (12/09/2012). Majlis yang dihoskan bersama oleh Konsulat Jeneral Malaysia Melbourne dengan Kelab UMNO Melbourne turut menyaksikan YB Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan meluangkan masa untuk bersama-sama rakyat Malaysia yang hadir di majlis tersebut. Seramai 300 lebih rakyat Malaysia yang kebanyakannya terdiri dari golongan belia dan pelajar telah hadir meraikan majlis raya merdeka.
YB Menteri yang diiringi oleh Konsul Jeneral tiba di perkarangan Konsulat Jeneral Malaysia pada jam 7 malam turut meluangkan masa untuk memberikan ucapan amanat beliau, dan juga berinteraski dengan rakyat Malaysia dan ahli perniagaan Australia. Soalan yang dikemukakan kepada YB Menteri Belia dan Sukan semasa sesi soal jawab membabitkan isu Sukan Olimpik dan kegiataan pertukaran lawatan belia antara Malaysia dan Victoria. Tetamu turut dihidangkan dengan makanan dan kueh raya. Para tetamu turut menyanyikan lagu negaraku, Jalur Gemilang, 1Malaysia dan lagu tanggal 31 dengan penuh semangat. Syabas diucapkan kepada mereka yang sama-sama menjayakan majlis tersebut.