YB Shahrum bin Dato Mohd Shariff telah melakukan kunjungan ke Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne pada hari Rabu, 15/1/2014. Kunjungan tersebut bermula dari jam 11 pagi berakhir selama 1 jam. Semasa berkunjung ke Konsulat Jeneral, YB Shahrum dimaklumkan mengenai fungsi Pejabat, dan dibawa untuk melihat sendiri pejabat. Beliau turut mendaftarkan diri anak–anak beliau (pendaftaran rakyat Malaysia di luar negara) yang kini melanjutkan pelajaran di Melbourne, Australia.