Pada hari Ahad, 13 Oktober 2013, Dato Zainal Abidin Ahmad, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia yang baru bersama dengan isteri Datin Shireen, dan ahli keluarga telah tiba di Melbourne (transit) dari Malaysia. Konsul Jeneral dan isteri serta kesemua pegawai HBS dan LRS serta komuniti Malaysia di Melbourne telah menyambut ketibaan TYT dan famili. Sebelum keberangkatan ke Canberra, Dato Zainal, Datin Shireen dan ahli keluarga turut meluang masa dengan ahli komuniti Malaysia di satu jamuan minum pagi bersama rakyat Malaysia di Melbourne.