Mission News

MESYUARAT BERSAMA KETUA PENGARAH ESEKUTIF BAW BAW SHIRE COUNCIL

04 June 2014 1 views

Satu Delegasi dari Baw Baw (salah sebuah daerah di Victoria) yang diketuai oleh Puan Helen Anstis(CEO) telah berkunjung ke Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne pada pagi Isnin (2/6/2014 dari jam 10.30 sehingga jam 11.30 pagi). Delegasi dari salah sebuah daerah utama di Victoria turut dihadiri oleh Encik Peter Kulich dan Encik Mathew Cripps. Tujuan utama lawatan adalah untuk memaklumkan kepada Konsul Jeneral Malaysia mengenai hasrat Baw Baw Shire Council untuk menjadi sebahagian dari rombongan Super Trade Mission Victoria ke Malaysia (16-18 Jun 2014). Baw Baw Shire Council yang mempunyai jumlah penduduk  sebanyak 42,864 orang banyak terlibat dalam aktivti pertanian dan pengilangan. Semasa perjumpaan tersebut banyak bidang kollaborasi terutamanya dalam pendinamikan peralatan ‘’harvesting’’ yang dibincangkan.

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back