Konsulat Jeneral Malaysia, Melbourne telah mengadakan pada hari ini (17/07/12) satu mesyuarat sebelum bulan Ramadhan bagi membincangkan pelbagai perkara mengenai pejabat dan operasinya. Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai majlis iftar di Konsulat Jeneral, majlis hari raya dan majlis hari Kebangsaan Malaysia. Mesyuarat turut bersetuju untuk menghadkan operasi pejabat di bulan Ramadhan dari jam 9 pagi sehingga jam 4 petang (masa operasi untuk mengambil dokumen dari Konsulat adalah dari jam 1.30 sehingga 3.30 petang).