Mission News

MINGGU MAKANAN DAN MINUMAN ANTARABANGSA 2014

05 March 2014 1 views

Majlis Makanan dan Minuman Antarbangsa 2014 sedang berlansung di bandaraya Melbourne dari 3 sehingga 8 Mac 2014. Sebanyak 250 pemborong makanan dan minuman dari luar negara terutamanya dari Asia menghadiri upacara tersebut. Upacara tersebut telah dirasmikan oleh TYT Premier Victoria, Dr Denis Napthine pada pagi Rabu (5/2/2014) di satu majlis minum pagi bertempat di Zinc Restoran, Federation Square. Lebih dari 300 orang menghadiri majlis tersebut yang menyaksikan Dr Napthine menyampaikan ucapan perasmian.

 

Antara kandungan teks ucapan Dr Napthine adalah megenai hasrat Victoria untuk mengekspot banyak lagi makanan mereka seperti produk tenusu dan buah-buahan ke negara Asia termasuk Malaysia, China dan Korea. Dr Napthine turut menyatakan mengenai pertambahan kenaikan kadar ekspot Victoria ke luar negara pada penghujung tahun 2013 sebanyak 11% berbanding tahun sebelumnya, dengan jumlah ekspot bagi makanan dan minuman sahaja sebanyak AUD9.3 billion. Pada majlis tersebut, Dr Napthine turut melancarkan “Food to Asia Action Plan” yang intipati utamanya adalah untuk meneruskan langkah mengekspotkan lebih banyak lagi produk makanan dan minuman Victoria ke luar negara.

 

 

{C}{C}{C}{C}

Bersama Darren Vouch, Direktorat Business and Investment Victoria

 

{C}{C}{C}{C}

Bersama Nick Wakeling Ahli Parlimen Ferntree Gully.

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back