YB Menteri Luar dan Datin Sri Siti Rubiah telah meluangkan masa mereka untuk bersama-sama merasmikan projek pembangunan kedua SP Setia di Melbourne bernama “PARQUE’’. Projek tersebut bertempat di sebidang tanah berkeluasan 2.1 ekar di 555, St Kilda Road yang berdekatan dengan lokasi Canseri. Antara intipati ucapan YB Dato Menteri semasa majlis perasmian, yang turut dihadiri oleh Encik Ryan Smith yang merupakan Menteri Alam Sekitar dan Belia Negeri Victoria, adalah laungan kepada syarikat tempatan Malaysia yang lain untuk mencontohi SP Setia dalam mempromosikan nama baik Malaysia melalui projek seumpama.