Mission News

PENGUMUMAN UNTUK SEMAKAN STATUS PENGUNDI

18 March 2013 1 views

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

 

Kepada semua rakyat Malaysia di Melbourne dan di Victoria State,

 

Saya mewakili Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne ingin menyarankan agar semua rakyat Malaysia yang berada di Melbourne dan Victoria yang telah mendaftar sebagai pengundi pos dan sebagai pengundi tidak hadir melalui Borang A dan  Borang 1B untuk menyemak di laman web Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR): www.spr.gov.my mengenai status pendaftaran mereka.

 

Anda boleh menyemak status anda seperti berikut:-

 

i.             Pergi ke laman web SPR (www.spr.gov.my) dan kemudian anda akan melihat buat masa kini 7 klik butang berwarna biru di sebelah kanan laman web tersebut (perkhidmatan atas talian);

 

ii.            Yang penting sekali adalah butang-butang semakan Daftar Pemilih; semakan Status Permohonan Pengundi Biasa di luar Negara; dan Penentuan Pejabat Perwakilan bagi Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara;

 

iii.           Langkah pertama anda adalah klik butang Semakan Daftar Pemilih. Setelah diklikan anda akan dipinta untuk masukkan nombor kad pengenalan anda dan sekiranya anda telah Berjaya didaftarkan oleh SPR maka maklumat terkini mengenai ‘Daftar Pemilih Yang Telah Disahkan’ akan keluar mengandungi butiran seperti daerah mengundi dan lokaliti pengundian. Dalam kes anda lokaliti hendaklah disebutkan sebagai Pemilih Tidak Hadir;

 

iv.          Langkah kedua ialah untuk mengklikan butang semakan status permohonan pengundi biasa dan sekiranya dimaklumkan mengenai tempat di mana undi pos akan dihantar, maka pendaftaran anda telah berjaya. Akan tetapi sekiranya tidak ada maklumat mengenai pejabat perwakilan bagi PTH, maka anda akan dinasihatkan sedemikian dan sila klik butang Penentuan Pejabat Perwakilan bagi PTH; dan

 

 

v.           Langkah ketiga setelah anda klik butang semakan Penentuan Pejabat Perwakilan bagi PTH, anda akan dipinta mengisi maklumat tambahan seperti no telefon, e-mel, alamat terkini. Terakhir anda dipinta untuk nyatakan di pejabat perwakilan luar negara di mana undi pos bagi diri anda hendak dihantar. Sekiranya anda ingin memilih Melbourne maka sila pilih Konsulat Jeneral Malaysia, Melbourne Australia. Sila klik butang simpan dan semak semula status permohonan Pengundi Biasa di luar Negara, dan anda akan mendapati bahawa status anda telah dikemaskini.

 

 

Bagi mereka yang belum mendaftar dan ingin berbuat demikian anda boleh mendaftar di laman web SPR dan mendapatkan borang berkaitan di laman tersebut.

 

Sekian Salam Hormat,

 

Dr Mohamad Rameez Yahaya

Konsul Jeneral Malaysia Melbourne

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back