Mission News

Perjumpaan Dan Mesyuarat Koordinasi Atase Imigresen Malaysia di Australia

02 February 2014 1 views

Pegawai Imigresen yang ditempatkan di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Konsulat Jeneral Malaysia, Perth, dan Konsulat Jeneral Malaysia, Melbourne telah mengadakan mesyuarat koordinasi pertama mereka di Melbourne dari Jumaat (31/1/2014) sehingga Ahad (2/2/2014). Mereka yang terdiri dari Puan Nawal Amin (Melbourne), Puan Laila Salleh (Perth) dan Puan Ungku Raftah (Canberra) menghadiri mesyuarat tersebut di Bilik Mesyuarat, Konsulat Jeneral Malaysia Melbourne. Tujuan mesyuarat tersebut adalah untuk menyelaras isu yang berkaitan dengan pengeluaran pasport dan visa Malaysia setelah operasi pusat pengeluaran pasport Malaysia ditukarkan dari Canberra ke Melbourne pada penghujung tahun 2013. Juga diselaraskan adalah untuk memaklumkan kepada orang awam bahawa penerimaan pembahruan pasport Malaysia masih boleh dilakukan di Canberra dan Perth, walaupun pejabat pengeluaran telah ditukarkan ke Melbourne. Mesyuarat Koordinasi ini diharapkan dapat mempertingkatkan lagi pemberian perkhidmatan yang baik kepada pelanggan di Australia.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back