Pada 11 Februari 2012, satu delegasi dari Kerajaan Negeri Melaka yang diketuai oleh Encik Abid Abd Jalil, Pegawai Audit Melaka, Puan Norliza Yusof, Timbalan Pegawai Kewangan Melaka dan Puan Mariam Illias, United Dewan dan Jabatan Ketua Menteri Melaka menghadiri perjumpaan dengan Dr Mohd Rameez di kediaman CG di Camberwell. Delegasi dari Melaka tersebut telah berada di Melbourne selama seminggu dan menghadiri seminar/kursus PSC (Parlimentary Select Committee) di Deakin Universiti, Geelong. Seminar tersebut turut menyaksikan kehadiran 60 delegasi dari Negara-Negara Commonwealth.