Encik Sean Brandon Hon, Pengurus dan Pengarah Syarikat JSK (anak syarikat W Group) yang terlibat dengan bidang hartanah di Sabah terutamanya di Kota Kinabalu telah mengadakan pertemuan dengan Dr Rameez di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia Melbourne pada pagi ini (Jumaat, 11.00-12.00 tengahari) untuk berbincang mengenai peluang pelaburan hartanah di Melbourne. Mereka telah menyatakan hasrat untuk membeli sebidang hartanah di Franklin Street yang akan menelan pelaburan sebanyak AUD8 juta, tidak termasuk pembangunan apartment di tapak tersebut.