Permohonan undi pos kategori 1B bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.161 Pulai dan PRK Dewan Negeri N.13 Simpang Jeram, Johor telah dibuka mulai 3 Ogos 2023 (Khamis) dan akan ditutup pada 12 Ogos 2023 (Sabtu).
2. Syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPR adalah seperti berikut:-
2.1. Merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.161 Pulai atau Dewan Negeri N.13 Simpang Jeram, Johor; dan
2.2. Tinggal di luar negara
3. Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) sepenuhnya melalui portal MySPR. Pemilih yang layak dan berhasrat untuk mengundi secara pos hendaklah mendaftar akaun MySPR melaui pautan https://myspr.spr.gov.my
Panduan Permohonan Undi Pos Kategori 1B secara atas talian melaui MySPR adalah seperti berikut:-