Mission News

PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1B [PENGUNDI LUAR NEGARA] BAGI PILIHAN RAYA UMUM PRU KE-15 2022

11 October 2022 1 views

Semua permohonan undi pos hendaklah dibuat secara atas talian (Online) sepenuhnya melalui portal MySPR dan permohonan menggunakan borang tidak akan diproses oleh SPR.  Bagi tujuan ini, pemohon hendaklah mendaftar akaun MySPR terlebih dahulu (KLIK DI SINI) dan memohon undi pos apabila tarikh buka permohonan undi pos Kategori 1B diumumkan oleh SPR.

Pemohon dinasihatkan agar mendaftar akaun MySPR lebih awal sebelum tarikh permohonan undi pos dibuka bagi mengelakkan berlakunya sebarang isu atau kesulitan. Sila rujuk maklumat di bawah bagi Langkah-Langkah Permohonan Akaun Baharu MySPR:

Panduan Permohonan Undi Pos Kategori 1B (Pengundi Luar Negara bagi Piliharan Raya Umum (PRU) Ke-15.

  1. Panduan Permohonan Online MySPR, sila KLIK DI SINI
  2. MySPR Online Application Guide, please CLICK HERE

Jika ada pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Pengurusan Undi Pos (UPUP) di talian +603 8892 7080 (8.30 pag – 11.30 malam waktu Malaysia) atau emel kepada upup@spr.gov.my

 
 
 
 
 
 
 
Share:
Link copied to clipboard
Back