Mission News

PESTA DURIAN DAN MAJLIS BERSAMA RAKYAT MALAYSIA DI MELBOURNE

05 November 2013 1 views

 

Pesta Durian yang terulung sekali yang diadakan di Australia mahupun Melbourne telah diadakan oleh Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne pada hari Isnin (4/11/2013). Majlis yang diadakan dari jam 6 petang sehingga jam 7.30 malam di perkarangan projek SP Setia di 555, St Kilda Road Melbourne menyaksikan kehadiran lebih dari 1000 orang. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato Sri Anifah Aman(Menteri Luar). Majlis turut disertai oleh ramai rakyat Australia termasuk TYT Presiden Dewan Legislatif Victoria, Bruce Atkinson dan isteri beliau.

 

 

Majlis ini menyaksikan sebanyak lebih kurang 3000 ulas durian dan barangan AgroPoduk Malaysia diberikan kepada tetamu. Tetamu turut dijamukan dengan satay, kuah durian dan roti jala, roti canai, teh tarik, pulut dan santan, dan pelbagai lagi makanan Malaysia. Rata-rata mereka yang hadir  puas dengan durian D24 dan Musang King yang dihidangkan kepada mereka dengan percuma. Majlis ini adalah kollaborasi terus Konsul Jeneral dengan Kementerian Pertanian dan Asas Tani Malaysia di Kuala Lumpur.  FAMA turut membantu Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne dalam penghantaran durian-durian tersebut yang sampai di Melbourne minggu lepas melalui penerbangan kargo MAS. Pihak Konsulat Jeneral Malaysia ingin merakamkan terima kasih kepada YBhg Datuk Mohd Hashim, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Asas Tani yang mana Dato Dr Rameez telah berhubung terus untuk mendapatkan buahan dan produk berkualiti bagi menjayakan Pesta Durian terulung Melbourne. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back