Mission News

PROGRAM BERSAMA SPECIAL BROADCASTING SERVICE (SBS) AUSTRALIA

21 February 2014 1 views

Satu Program yang dikendalikan oleh DFAT (Department of Foreign Affairs and Trade) - Victoria bersama Syarikat Televisen dan Radio SBS Australia bertempat di ibu pejabatnya di Federation Square, Melbourne telah berlansung selama dua (2) jam pagi hari ini (Jumaat, 21/2/2014 jam 9.30 – 11.30 am). Program tersebut menyaksikan taklimat diberikan oleh Encik Peter Khalil, Pengarah Strategi SBS, dan seramai 28 pegawai dari pejabat Konsulat Jeneral di Melbourne hadir dalam majlis tersebut.

 

SBS merupakan sebuah syarikat penyiaran di Australia yang ditubuhkan pada tahun 1975, bertujuan untuk menyampaikan mesej bahawa Australia merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa dan majmuk serta menghormati sesama lain. Penyiaran berita dalam SBS TV dan Radio juga bermaksud untuk memastikan masyarakat Australia seramai 23.5 juta yang sebahagiannya terdiri dari mereka yang lahir di luar negara dimaklumkan mengenai aturcara kebudayaan dan kemasyarakatan yang dianjurkan di Melbourne dan Australia.

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back