Delegasi dari Fakuliti Kejuruteraan Universiti Malaysia Pahang yang diketuai oleh Dr Zailin Shan Yusof dan Dr Adzhar Kamaludin telah berkunjung ke Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne pada hari ini Rabu (4/6/2014). Kunjungan tersebut adalah untuk mendapatkan pandangan mengenai usaha kerjasama antara UMP dengan Universiti di Melbourne. Dr Zailin turut memaklumkan mengenai lawatan delegasi ke RMIT, Melbourne dan mengenai usaha untuk mendapatkan serta mempelajari amalan ‘’Best Practices’’ dari Universiti di Melbourne dan di Brisbane. Dr Rameez turut memaklumkan kepada delegasi dari UMP mengenai Super Trade Mission Victoria yang akan ke Malaysia dari 16-18 Jun 2014 di mana akan terdapat wakil dari Universiti terkemuka Melbourne seperti Melbourne Uni, Monsah Univ yang turut serta dalam rangkaian Super Trade Mission tersebut, dan turut memohon UMP untuk turut serta mengambil bahagian dalam STM tersebut dan membuat match making dalam memperkembangkan lagi usahasama dan kerjasama antara Universiti di Malaysia dengan di Victoria.