Mission News

PROGRAM DIPLOMASI AWAM DENGAN KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA

30 May 2014 1 views

YB Mas Ermieyati Samsudin, Ahli Parlimen Masjid Tanah dan juga Ketua Puteri UMNO Malaysia telah berkunjung ke Konsulat Jeneral Malaysia, Melbourne pada pagi Jumaat (30/5/2014) untuk bertanyakan perihal fungsi dan tugasan Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Melbourne serta mengenai pelajar Malaysia di Melbourne. YB Mas Ermieyati berada di Melbourne selama dua (2) hari dan akan bertolak ke Canberra pada Ahad ini. Lawatan beliau ke Australia dari 27 Mei hingga 3 June 2014 adalah atas kerjasama Kerajaan Australia di bawah program lawatan khas Department of Foreign Affairs and Trade, Australia (DFAT).

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back