Konsulat Jeneral Malaysia, Melbourne telah menganjurkan satu program iftar bersama rakyat Malaysia di Melbourne pada hari Sabtu (12/7/2014 dari jam 5 petang sehingga jam 8 malam) bertempat di pejabatnya di Tingkat 1, 432 St Kilda Road. Program yang bermula dari jam 5 petang tersebut menyaksikan seramai 50 orang rakyat Malaysia dan Australia yang menghadirinya. Konsul Jeneral Malaysia turut berucap menyampaikan terima kasih kepada mereka yang turut serta memeriahkan majlis tersebut. Perwakilan Melbourne turut serta menjayakan majlis dengan ladies menyiapkan juadah berbuka dan moreh selepas solat tarawih.
{C}{C}{C}