Program Iftar (Berbuka Puasa, Sembahyang Terawikh dan Bayaran Zakat) di Konsulat Jeneral Malaysia Melbourne telah diadakan pada hari Jumaat (3/7/2015). Program yang bermula dari jam 5.15 petang telah tamat pada jam 9.00 malam dan dihadiri oleh semua pegawai dan staff Konsulat Jeneral Malaysia bersama rakyat Malaysia yang berada di Melbourne yang sudi hadir dalam majlis tersebut. Program Iftar ini dikendalikan oleh Kelab Konsulat Jeneral Malaysia bersama dengan Perwakilan Melbourne. Program ini dilakukan sekali setiap tahun bagi mengeratkan lagi hubungan baik antara pegawai dan kakitangan Konsulat Jeneral Malaysia dan tidak lupa dengan rakyat Malaysia di Melbourne. Konsulat Jeneral Malaysia Melbourne turut mengucapkan terima kasih pada dua orang Ustaz (Muhamad Shifaq dan Muhamad Hazim) yang didatangi khas dari Maahad Tahfiz Pahang, yang pada masa kini ditugaskan di Malaysian Hall Melbourne untuk program Ramadhan bersama rakyat dan pelajar Malaysia di Melbourne.