Mission News

PROGRAM MENDAMPINGI RAKYAT MALAYSIA DI MELBOURNE, AUSTRALIA

18 December 2013 1 views

 

Satu Program Mendamping Rakyat Malaysia yang dituju khas kepada rakyat Malaysia yang berkecimpungan dalam bidang runcit, restoran dan kafe. Seramai 100 orang hadir dalam majlis yang diadakan di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne. Majlis tersebut diadakan pada hari Isnin, 16/12/2013 bermula pada jam 5.30 petang dan tamat pada jam 8.30 malam. Tema Majlis tersebut adalah “”Interaction with Malaysian Businessmen and Promotion of Malaysian Agri Products’’.

 

Antara pengusaha Malaysia yang hadir dalam majlis tersebut adalah  Encik Danny Doon, JP (President Chinatown Precint); Celement Yeap (Monk and Me); Ping Ng (Little Nyonya); Datin Juliana (Blossom & Vine Café); May Tan (MADBROWN); Sadan Khalid (Hayat Hypermarket); Norasiah Hassan (MECCA Caterer); Syed Aznil (A Catering Service); Angela Leong (Rasa Malaya); Ifzal Syed (Nila Restoran); dan Nik Shaiful (Black Sheep Malaya Café).

 

Ramai lagi undangan seperti Pappa Rich, Chilipadi, Laksa Malaysia; Indian Delight, China Bar tidak dapat hadir dengan maaf kerana kesibukkan mereka dalam mengusahakan perniagaan mereka menjelang waktu krismas.

 

Pihak Media seperti Christina Soh (JOM Magazine); Encik Neville D Cruz (Bernama Correspondent); dan Encik Zaini Ahmad (SBS Radio Melayu Australia) turut hadir dalam majlis ini.

 

Majlis tersebut diserikan dengan ucapan yang disampaikan oleh Dato Dr Rameez mengenai ‘’Malaysia, Stability and Progress”; Encik Joe Perri (Presiden AMBC-Victoria) mengenai ‘’AMBC and its role in helping businessmen”; Encik Shaiful Shariff (Konsul MATRADE) mengenai ‘’Malaysia Kitchen Programme”; Encik Vicknaraj Thanarajah (FIDES Law Firm) mengenai ‘’Business Disputes”; dan Dr Chooi San Beh (SB Accountancy) mengenai “Accounting Practices in Victoria’’.

 

Majlis kemudiannya menyaksikan sesi Q dan A dan seterusnya pemberian cenderahati kepada penyampai ucapan oleh Dato Dr Rameez. Hadirin turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah baucar penginapan 2 hari 1 Malam di Tune Hotel, Melbourne. Jamuan Makan Malam yang dihoskan melalui Program Mendampingi Rakyat Malaysia, Malawakil Melbourne menyusuli kemudian sehingga program tamat pada jam 8.30 malam.

 

Konsulat Jeneral turut mempromosikan barangan AgroMas yang didapatkan dari MOA Malaysia dengan kerjasama FAMA. Barangan seperti Sos CiliPadi; Bubur Nasi Segera; Kuah Kacang; Mi Bandung Segera; dan Coffee Mix turut di promosikan semasa majlis tersebut. Ramai antara mereka yang hadir diberikan barangan tersebut untuk dicuba, dan ramai turut menyatakan hasrat untuk menjadi agen kepada barangan itu di Melbourne, Victoria.

 

Rata-rata yang hadir berterima kasih atas jemputan dan ceramah yang diberikan semasa majlis tersebut. Malahan ramai antara pengusaha restoran yang hadir ingin mendapat tahu lebih lanjut lagi mengenai Program Malaysia Kitchen, da juga cara-cara untuk mengusahakan restoran Malaysia Halal di Melbourne.

 

 

Kini Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne mampu bukan sahaja untuk berinteraksi dengan rakyat Malaysia, malahan pengusaha restoran, kafe dan kedai runcit Malaysia. Mereka amat berterima kasih kerana kerajaan Malaysia tidak melupakan rakyat Malaysia terutama pengusaha yang berada di Melbourne, Australia.

 

Barangan AGROMAS yang dipromosikan di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Melbourne

 

Cabutan Bertuah Baucer Penginapan Satu Malam di Tune Hotel, Melbourne

 

Cenderahati yang disampaikan kepada salah seorang penceramah pada majlis 

 

Jamuan Makan Malam, Nasi Kerabu Ayam Percik

 

Konsignment dari MOA Malaysia dengan kerjasama FAMA. Terima kasih!

 

 

 

 

 

 

 

 

Tetamu Yang Hadir semasa Program Mendampingi Rakyat-Pengusaha Malaysia

 

Ucapan dari Dato Dr Rameez mengenai ‘’Malaysia, Stability, Progress”

 

Ucapan dari Dr Chooi San Beh (SB Accountancy)

 

Ucapan dari Joe Perri, Presiden AMBC-Victoria

 

Ucapan dari Shaiful Shariff (Konsul Perdagangan-MATRADE)

 

Ucapan dari Vicknaraj Thanrajah, (FIDES Lawyer)

Share:
Link copied to clipboard
Back