Satu Majlis bersama rakyat Malaysia terutamanya mereka berbangsa Cina dan juga business leaders in Melbourne telah diadakan pada hari Sabtu, 7 Mac 2015 (jam 12.00 tengahari sehingga 5 petang) di kediaman rasmi Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne. Lebih dari 80 rakyat dan pelajar Malaysia dan Australia hadir dalam majlis tersebut.
Majlis kali ini diadakan dengan program berinteraski dengan Konsul Jeneral dan juga dengan YABHG Tun Abdullah Ahmad Badawi. Selesai tetamu diberi ucapan oleh Dato Dr Rameez yang antara lain mengalukan kedatangan, dan mengucapkan Selamat Tahun Baru dan mengucapkan terima kasih kepada Tun kerana sudi meluangkan masa bersama rakyat Malaysia di Australia.