PROGRAM MENDAMPINGI RAKYAT MALAYSIA SEMPENA MAJLIS DOA SELAMAT DI KEDIAMAN KONSUL JENERAL
Satu Majlis PMRM bersama rakyat Malaysia di Melbourne telah diadakan pada hari Jumaat, 14 November 2014 (jam 7.30 mlm sehingga 10 mlm) di kediaman rasmi Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne. Lebih dari 40 rakyat dan pelajar Malaysia termasuk mereka yang sudah menjadi PR di Australia hadir dalam majlis tersebut.
Majlis kali ini diadakan dengan mulanya sembahyang Jemaah maghrib. Majlis kemudiannya diadakan dengan bacaan tahlil, doa selamat dan kesyukuran bersama. Selesai tetamu diberi ucapan oleh Dato Dr Rameez yang antara lain mengalukan kedatangan, dan mengucapkan selamat berjuang kepada mereka yang mengikuti pengajian Phd dan Masters di Melbourne.
Majlis tersebut selain dari mengeratkan silratulrahim antara staff Konsulat Jeneral Malaysia turut mengeratkan lagi hubungan dengan rakyat dan pelajar Malaysia yang berada di Melbourne.