Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan (JAKMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan satu program pengantarbangsaan dakwah Islamiah di benua Australia khususnya di Victoria. Program tersebut membabitkan tiga tenaga pengajar dan tujuh mahasiswa UKM dalam bidang pengajian Islam. Program tersebut telah bermula semalam pada Ahad, 8 April 2012 dan akan berakhir minggu hadapan pada hari Sabtu 14 April 2012.
Tuan Haji Salem Salikin selaku Pengerusi Wakaf Melayu Victoria bersama dengan Dr Razaleigh Muhamat, Ketua Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Fakuliti Pengajian Islam UKM telah menjemput Dr Rameez selaku Ketua Perwakilan Malaysia di Victoria untuk memberikan kata aluan dan seterusnya merasmikan program tersebut. Seramai 60 orang menghadiri majlis pembukaan program tersebut.
Semasa ucapan beliau, Dr Rameez mengalukan program sebegini yang dapat menjalinkan kerjasama yang lebih erat antara peganut Islam di Malaysia dengan di Australia yang cuma terdiri dari 340,000 orang. Beliau juga menyeru agar dakwah Islamiah tersebut digunakan untuk memaklumkan bahawa Islam adalah agama yang menekankan kesederhanaan