Mission News

Rakyat Malaysia Mengibar Jalur Gemilang di Melbourne bersama Timbalan Menteri KPDNKK

29 August 2016 1 views

YB Dato’ Henry Sum Agong, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KDNKK) bersama-sama para pelajar dan rakyat Malaysia mengibar Jalur Gemilang di satu majlis ramah mesra yang telah diadakan di Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne pada hari Jumaat, 26 Ogos 2016. Majlis ramah mesra ini telah diadakan sempena lawatan kerja YB Timbalan Menteri KPDNKK ke Melbourne, Australia untuk menghadiri The Franchising and Business Opportunities Expo 2016 yang berlangsung pada 26-28 Ogos 2016.

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back