Konsulat Jeneral Malaysia telah mengadakan program sembahyang raya dan sambutan hari raya di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia pada hari Ahad, 19/08/2012. Pada sebelah pagi dari jam 7.30 pagi sehingga 9.00 pagi, seramai 200 orang yang kebanyakan terdiri dari rakyat Malaysia telah bersama-sama bersembahyang raya di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia. Sembahyang raya tersebut telah diimamkan oleh Ustaz Farid yang membawa bacaan khutbah mengenai perlunya perpaduan dan persefahaman antara orang Islam. Selepas itu pada jam 9.00 pagi sehingga jam 11.00 pagi, seramai 500 orang telah hadir serta dalam open house raya Konsulat Jeneral. Hidangan seperti ketupat, lemang, lontong, meehon, mee goreng, laksa penang, rendang ayam, nasi goreng, rendang daging, roti jala, kuah kari daging, karipap, agar-agar, kuih raya, teh tarik, air kordial telah dijamu kepada hadirin.