Mission News

SAMBUTAN HARI RAYA BERSAMA RAKYAT MALAYSIA DI MELBOURNE

30 July 2014 1 views

Konsulat Jeneral Malaysia, Melbourne telah mengadakan satu majlis hari raya yang bermula dengan sembahyang raya dan open raya house di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia pada hari Isnin, 28/7/2014 dari jam 8 pagi sehingga jam 12 tengahari. Seramai 800 orang menghadiri sembahyang dan majis raya tersebut yang diadakan secara sederhana dengan jamuan kuih raya, rendang ayam, lemang, ketupat dan satay. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran YABHG Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Jeanne Abdullah. Ini adalah kali ke-empat majlis seumpama ini diadakan semenjak penubuhan Konsulat Jeneral Malaysia bagi memberikan peluang pada rakyat Malaysia terutama pelajar Malaysia di Melbourne untuk bersembahyang raya dan merasakan suasana hari raya selepas berjauhan dari kaum keluarga yang berada di Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back