Setia Melbourne anak syarikat SP Setia telah menghoskan satu resepsi Tahun Baru Cina pada Selasa (11/2/2014) di pejabat mereka 132, Franklin Street, Melbourne CBD. Resepsi tersebut yang berlansung dari jam 6 petang sehingga 8 malam menyaksikan kehadiran lebih dari 100 orang. Setia Melbourne sangat aktif dalam aktiviti pembangunan/pembinaan hartanah di Melbourne seperti di Fulton Lane dan di PARQUE.