Program Mendampingi Rakyat dan juga Program Seranta buat kali kedua yang dianjurkan melalui dana peruntukan Jabatan Penerangan Wisma Putra telah diadakan pada hari Isnin, 19/08/2013 dari jam 12 tengahari hingga 2.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Konsulat Jeneral. Seramai 35 orang yang kebanyakan terdiri dari rakyat Australia telah hadir sempena program tersebut.
Program kali ini melibatkan kolobrasi dan kerjasama antara Konsulat Jeneral Malaysia, Melbourne dengan Monash Asia Institute dan ucaptama Seminar telah disampaikan oleh Professor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin. Tajuk ucaptama ialah ‘’Malaysian Politics Goes Global: The Formation of the Malaysian Opposition Global Diaspora”.
Sebelum ucaptama seminar disampaikan, Dato Dr Rameez telah memberikan taklimat mengenai kebaikan negara kita Malaysia dari sudut ekonomi, budaya, politik dan penurunan kadar jenayah. Semasa ucaptama Professor Shamsul, beliau telah menyatakan bahawa pada masa kini kebanyakan ‘’diaspora’’ Malaysia yang berada di luar negara telah bangkit untuk memperjuangkan hak mereka di Malaysia. Bangkitan ini bermula semenjak tahun 1998 dan terus berkembang sehingga kini. Beliau juga memaklumkan salah satu faktor bangkitan ini adalah kerana perkembangan media masa elektonik. Beliau juga menyatakan perlunya ada satu rangkaian sistematik dari Kerajaan Malaysia untuk menjawab balik kritikan-kritikan mengenai Malaysia.
Majlis tersebut kemudiannya berakhir dengan sedikit jamuan makan tengahari dan sesi berinteraksi antara tetamu yang hadir. Rata-rata tetamu yang hadir amat berterima kasih kepada Konsulat Jeneral kerana telah mengadakan sesi seumpama ini yang dapat mempertengahkan lebih banyak kebaikan Malaysia dan menangkis persepi negatif tentang Malaysia.