Mission News

SESI TAKLIMAT KEDUA PROGRAM KEPULANGAN PAKAR (RETURNING EXPERT PROGRAMME-REP/TALENTCORP) DI MARRIOTT HOTEL, CBD MELBOURNE

13 June 2012 1 views

Sesi kedua telah diadakan di Hotel Mariott, Melbourne pada hari Selasa(12 Jun 2012) dari jam 12.00 hingga 2.00 petang. Taklimat telah disampaikan oleh Konsul Jeneral Malaysia Dr Rameez dan disertai oleh 100  rakyat Malaysia yang bekerja dan belajar di Melbourne, Australia. Kebanyakan mereka yang hadir terlibat secara langsung dengan kegiatan 12 National Key Economic Areas (NKEs) di dalam program transformasi ekonomi Malaysia. Taklimat tersebut turut disertai dengan sesi soal jawab dan jamuan makan tengahari.

 

Taklimat yang disampaikan adalah seperti berikut:-

i.             Latar Belakang TalentCorp;

ii.          Mengenai Returning Expert Programme(REP), Residence Pass(RP), Scholarship Talent Attraction and Retention(STAR), dan Talent Acceleration in Public Service Progamme(TAPS);

iii.        Mengenai Faedah REP dari segi cukai, barangan persendirian, kereta CKD di Malaysia, kemasukan ke dalam International School, dan kemudahan Permanent Residence untuk pasangan dan anak pemohon Malaysia yang keluarganya bukan rakyat Malaysia;

iv.          Mengenai dua belas National Key Economic Areas dalam ETP;

v.            Impak Globalisasi terhadap Malaysia;

vi.          Isu terbitan dari Globalisasi; dan

vii.         Kenapa perlunya talent bagi mengatasi masalah terbitan dari globalisasi.

 

Secara keseluruhan, mereka yang hadir telah menyambut baik usaha Kerajaan di bawah TalentCorp untuk memperkenalkan REP dalam usaha untuk mengatasi masalah brain drain di Malaysia.

Impak yang baik dapat dikenalpasti melalui program REP ini dan antara yang hadir, kebanyakan mereka berminat untuk membantu Malaysia dalam mencapai status sebagai sebuah Negara maju dalam tahun 2020. Mereka turut menyarankan sekiranya mereka tidak kembali, diberikan peluang untuk menyalurkan khidmat dan kepakaran mereka dari Melbourne sendiri. Saya mengesyorkan mereka untuk menghubungi Malaysian Diaspora Outreach team di mdo@talencorp.com.my untuk maklumat lanjut.

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back