Mission News

SESI TAKLIMAT PROGRAM KEPULANGAN PAKAR (RETURNING EXPERT PROGRAMME-REP/TALENTCORP) DI MELBOURNE

10 May 2012 1 views

Konsulat Jeneral Malaysia, Melbourne telah mengadakan sesi taklimat pertama mengenai REP di bilik mesyuarat Konsulat Jeneral pada hari Rabu (9/05/2012) dari jam 6.00 petang hingga 8.30 malam. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Dr Rameez dan disertai oleh lebih dari 25 rakyat Malaysia yang bekerja di Melbourne, Australia. Kebanyakan mereka yang hadir terlibat secara langsung dengan kegiatan 12 National Key Economic Areas (NKEs) di dalam program transformasi ekonomi Malaysia. Taklimat tersebut turut disertai dengan sesi soal jawab dan jamuan makan.

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back