Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne telah menganjurkan solat raya dan majlis hari raya pada hari Khamis, 8 Ogos 2013. Solat Raya dan Bacaan Khutbah Raya telah diketuai oleh Encik Azami Sidek Baba dan bacaan khutbah adalah berkisar kepada teks khutabh khas idulfitri JAKIM bertajuk ‘’Idulfitri Lambang Kesatuan Ummah’’. Seramai 300 orang menghadiri solat raya tersebut.
Sebaik sahaja khutbah habis dibaca, Dato’ Dr Rameez Yahaya, Konsul Jeneral Malaysia telah memberikan ucapan hari raya kepada tetamu, dan seterusnya menjemput mereka menjamu selera. Antara makanan yang disediakan adalah seperti nasi himpit, kuah kacang, rendang ayam, meehon, laksa, kuih kochi, kuih pudding dan teh tarik.
Majlis Hari Raya kali ini dihadiri oleh 400 orang tetamu termasuk antara lain Dato’ Latt Shariman (Pegawai Khas YAB Perdana Menteri) dan juga tetamu dari Australia seperti Encik Alan Davidson (Bekas Pemain Bola Sepak Pahang), Encik Joe Perri (AMBC President), Encik Bryan dari YTL Corporation. Majlis yang bermula semenjak jam 8 pagi tamat pada jam 1 petang.