Mission News

TEMU BUAL DENGAN WARTAWAN DARI MAJALAH JOM MALAYSIA MELBOURNE

23 August 2012 1 views

Dr Rameez telah ditemubual oleh dua wartawan dari JOM Magazine Melbourne pada tengahari tadi di Melbourne CBD (Khamis, 23/08/2012).  Cik Trinity Chua Yie Vin dan Encik Loke Kok Fai telah mengutarakan pelbagai persoalan mengenai kegiatan Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne dengan rakyat Malaysia terutamanya dengan Malaysian PR di Victoria State. JOM Magazine Melbourne akan mengeluarkan edisi pertamanya pada minggu hadapan dan merupakan majalah rakyat Malaysia pertama di bumi Australia terutamanya di Victoria State. Ianya memaparkan kehidupan kepelbagaian rakyat Malaysia yang berjumlah lebih dari 49,000 orang di Greater Melbourne.

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back