Satu Delegasi seramai sepuluh (10) orang dari Universiti Malaysia Sarawak telah berkunjung ke Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne pada petang Isnin (2/11/2013). Kunjungan tersebut adalah untuk bertanyakan dari Konsul Jeneral mengenai kakitangan UNIMAS yang mengikuti pengajian Pasca Siswazah di Melbourne terutamanya di Monash University. Rombongan tersebut berada di Melbourne dari 27 November sehingga 6 Disember 2013 untuk mengkaji mengenai sistem pendidikan pengajian tinggi di Melbourne.