KEMBARA BUDAYA YAYASAN WARISAN JOHOR
28 - 30 APRIL 2017
Yayasan Warisan Johor telah berkunjung ke Perth di atas pelawaan Konsulat Jeneral Malaysia di Perth untuk mempertontonkan tarian yang sinonim dengan Negeri Johor iaitu zapin. Antara aktiviti yang telah diaturkan adalah bengkel tarian zapin yang telah diadakan di Dewan Malaysia Perth pada 28 April 2017 serta flash mob zapin yang telah diadakan di tengah-tengah kesibukan Murray St di pusat bandar. Selain itu, lapan penari dari YWJ turut menyertai Festival Kebudayaan dan Busana Melayu yang telah diadakan di Morley pada 30 April 2017. Satu jamuan makan malam telah diadakan di kediaman Konsul Jeneral Malaysia Sebagai meraikan kehadiran mereka.