

5 Julai - TYT Ikram Bin Mohammad Ibrahim, Duta Besar Malaysia ke Austria menerima kunjungan hormat oleh YM Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Bin Tengku Aziz, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, sempena lawatan beliau ke Vienna bagi menghadiri Seminar Antarabangsa Ke-8 OPEC, 5-8 Julai.
Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan berhubung perkembangan semasa pasaran minyak global serta langkah-langkah yang telah dan akan diambil Malaysia dengan kerjasama PETRONAS ke arah peralihan tenaga lestari.
————————————
5 July - H.E. Mr. Ikram Bin Mohammad Ibrahim, Ambassador of Malaysia to Austria received a courtesy call by YM Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Bin Tengku Aziz, President and Group Chief Executive Officer of the PETRONAS, in conjunction with his visit to Vienna to attend the 8th OPEC International Seminar, 5-6 July.
Both parties exchanged views on the current global oil market developments as well as the steps Malaysia have taken and will take, in cooperation with PETRONAS, towards sustainable energy transition.