Mission News

Kunjungan Hormat oleh Pelajar Ijazah Sarjana MBA, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 1 Ogos 2023

08 August 2023 1 views

Kunjungan Hormat oleh Pelajar Ijazah Sarjana MBA, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 1 Ogos 2023
1 Ogos – TYT Ikram Bin Mohammad Ibrahim, Duta Besar Malaysia ke Austria menerima kunjungan hormat oleh tujuh orang pelajar Ijazah Sarjana MBA dari UKM, diketuai Tuan Syed Uzair Bin Syed Othman dan diiringi oleh Dr Ida Rosnita Binti Ismail, Pensyarah Kanan UKM.
Para pelajar tersebut dalam rangka lawatan sambil belajar selama dua minggu ke Jerman dan Austria untuk mengkaji kaedah penyelesaian serta amalan
terbaik
 
mengenai pengurusan air mampan dan penjanaan tenaga boleh baharu yang boleh dilaksanakan di kawasan luar bandar di Malaysia.
Sebelum kunjungan hormat tersebut, mereka melawat Loji Pembakaran Spittelau di Vienna bagi memperoleh pendedahan mengenai sistem pengurusan sisa pepejal kepada tenaga di Vienna.
————————————
Courtesy Visit by the National University of Malaysia (UKM) MBA Students, 1 August 2023
1 August – H.E. Mr. Ikram Bin Mohammad Ibrahim, Ambassador of Malaysia to Austria received a courtesy visit by seven MBA students from the National University of Malaysia (UKM), led by Mr. Tuan Syed Uzair Bin Syed Othman and accompanied by Dr. Ida Rosnita Binti Ismail, UKM Senior Lecturer.
The students were on a two-week study visit to Germany and Austria to explore possible solutions and best practices on sustainable water management and renewable energy generation that could be implemented in Malaysia’s rural areas.
Prior to the courtesy visit, they visited Spittelau Incineration Plant in Vienna to gain insights on Vienna’s solid-waste-to-energy management system.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back