HEBAHAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI BANGLADESH: PERMOHONAN UNDI POS LUAR NEGARA DI BAWAH KATEGORI 1B BAGI PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN NEGERI JOHOR KE-15
Perhatian kepada rakyat Malaysia di Bangladesh;
Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan 12 Mac 2022 (Sabtu) sebagai Hari Mengundi bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-15.
Dalam hal ini, SPR akan meneruskan kemudahan mengundi secara pos untuk warganegara Malaysia yang berada di luar negara bagi maksud PRU Dewan Negeri Johor tersebut. Tempoh permohonan undi pos yang telah diwartakan oleh pihak SPR adalah mulai 9 Februari 2022 (Rabu) sehingga 18 Februari 2022 (Jumaat).
Untuk tujuan ini, permohonan undi pos bagi Kategori 1B (Pengundi Luar Negara) boleh dibuat untuk pertimbangan pihak SPR, secara atas talian (online) di laman sesawang MySPR Daftar di pautan https://myspr.spr.gov.my/login atau di portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my sepanjang tempoh permohonan tersebut di atas.
Permohonan bagi Kategori 1B ini juga adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan permohonan seperti berikut:
1. Merupakan seorang pemilih berdaftar dengan SPR;
2. Bermastautin di luar negara; dan
3. Mengundi di mana-mana Bahagian Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Johor.
Bagi proses pemulangan kertas undi kepada SPR (setelah diterima), rakyat Malaysia boleh menggunakan mana-mana khidmat kurier sedia ada di negara yang didiami. Walau bagaimanapun, kos penghantaran semula kertas undi yang telah ditanda adalah atas tanggungan sendiri.
Maklumat lanjut mengenai proses pengundian secara pos di luar negara boleh diperohi melalui pautan berikut: https://www.spr.gov.my/ms/pilihan-raya/soalan-lazim/undi-pos-luar-negara.
Sekian, terima kasih.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka
Bangladesh