Mission News

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA MENGENAI TARIKH UNDI POS DI LUAR NEGARA

16 April 2013 1 views

 

KENYATAAN MEDIA
 
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA
 
PENYERAHAN DAN PENERIMAAN BALIK SAMPUL KEUTAMAAN
 
1.      Mulai Pilihan Raya Umum Ke-13, SPR telah membuat ketetapan     kepada semua warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara       dan Pengundi Tidak Hadir (PTH) untuk menerima kertas undi pos di      Pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara sebagaimana  yang dipohon.
 
2.      SPR bercadang untuk membuat penyerahan dan penerimaan balik         Sampul Keutamaan yang mengandungi Kertas Undi Pos di Pejabat-   pejabat Perwakilan Malaysia pada ketetapan seperti yang berikut ;
 
          Pejabat Perwakilan Malaysia di London, United Kingdom dan    Melbourne, Australia :
 
          Tarikh        : 28 April 2013 (Ahad)
          Masa         : 9.00 a.m hingga 8.00 p.m
 
          Semua Pejabat-Pejabat Perwakilan Malaysia yang lain :
 
          Tarikh        : 28 April 2013 (Ahad)
          Masa         : 9.00 a.m hingga 6.00 p.m
 
 
3.   SPR menetapkan masa penyerahan dan penerimaan balik Sampul     Keutamaan yang mengandungi Kertas Undi Pos di Pejabat           Perwakilan Malaysia di London, United Kingdom dan Melbourne,           Australia dilanjutkan selama 2 jam berbanding Pejabat-pejabat     Perwakilan yang lain disebabkan Pejabat-pejabat Perwakilan     Malaysia berkenaan mempunyai jumlah pengundi pos melebihi 1,000      orang.
 
4.        Semua warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara dan PTH      hendaklah hadir ke Pejabat Perwakilan Malaysia dengan        menunjukkan Kad Pengenalan atau Pasport Antarabangsa kepada        petugas-petugas SPR di Pejabat Perwakilan yang berkenaan.         Sampul Keutamaan TIDAK akan diserahkan kepada mereka yang      tidak membawa dokumen pengenalan diri. Wakil atau saudara juga tidak dibenarkan mengambil Sampul Keutamaan bagi pihak individu          yang lain.
 
5.      Warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara dan PTH yang  hadir ke Pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia akan diserahkan  Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi pos. Kertas undi    yang telah ditanda perlu dimasukkan ke dalam Karung Khas SPR     yang disediakan di Pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia di luar  negara. Sampul-Sampul yang mengandungi kertas undi pos di dalam      Karung Khas SPR tersebut akan dibawa pulang ke Malaysia pada     hari yang sama untuk diserahkan kepada Pegawai Pengurus          Bahagian Pilihan Raya masing-masing.
 
6.      Namun demikian, sekiranya terdapat Warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara atau PTH mengambil Sampul Keutamaan selepas hari penyerahan atau mengembalikan Sampul yang      mengandungi kertas undi pos selepas tarikh dan masa yang          ditetapkan, mereka dikehendaki menguruskan sendiri urusan           penghantaran balik ke Pejabat Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan        Raya yang berkaitan dan dengan perbelanjaan sendiri.
 
7.        Sehingga kini semua Borang 1B telah dihantar ke Pejabat Pegawai           Pengurus Bahagian Pilihan Raya masing-masing (Parlimen) untuk tujuan kelulusan Pegawai Pengurus. Warganegara Malaysia yang    tinggal di luar negara dijangka boleh membuat semakan mengenai         keputusan permohonan mengundi melalui pos dan maklumat yang  berkaitan dengan tarikh, masa dan alamat Pejabat Perwakilan          Malaysia di luar negara di laman web SPR di www.spr.gov.my           bermula pada 19 April 2013.
 
 
Sekian dan terima kasih
 
…………………t.t……………………
(DATUK KAMARUDDIN MOHAMED BARIA)
 
Setiausaha
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
15 April 2013
 
 
 
 
 
Share:
Link copied to clipboard
Back